Selamat Datang Ke LailyTaslim Homemade!!

LailyHomemade menghimpunkan koleksi-koleksi jahitan tangan dan kraf buatan sendiri utk dikongsi bersama. Juga terdapat LailyHomemade katalog bagi mereka yg berminat utk membeli pada harga istimewa. Tempahan borong juga disediakan bagi yang ingin berniaga kecil-kecilan.

Friday, January 28, 2011

Tebuk Lubang Leher Kurung Cara Mudah

As salamualaikum semua.. Baju kurung pakaian tradisional bagi kite wanita melayu. Pakaian yang sopan dan longgar membuatkan kite selesa walau kemana kite pergi. Di sini saya nak berkongsi cara mudah menebuk lubang leher baju kurung. Jom lihat dan pelajari...
 Sediakan badan baju dan pelapik lubang leher. Banyak cara yg kite boleh praktikkan utk siapkan lubang leher. Bagi mereka yg br nk pelajari inilah caranya. Kemudian tandakan garisan bahu pada pelapik dan baju. Lukiskan lubang leher dan garisan tambahan seluas 3.5" untuk memudahkan masuk kepala seperti gambar di atas. Jangan lupa lebihkan 1/4"-1/2" lubang leher drp garisan bahu ikut kesesuaian besar badan. kalau bdn gempal bolehlah lebihkan 1/2". Samakan garisan bahu pelapik leher dan badan baju dan sematkan jarum peniti agar tidak bergerak semasa jahit mesin.
 Gunakan tapak mesin yg bersesuaian dan jahit tepi lubang dgn mesin jahit. Bagi yg baru pelajari mungkin agak susah utk kendalikan mesin. Lakukan berkali-kali untuk dapatkan jahitan yg kemas. Jahit di atas garisan yg dilukis. Kemudian gunting lubang leher 1/4" dalam garisan lebang leher. Kemudian gunting garisan tengah utk bukaan masuk kepala.
kemudian terbalikan pelapik leher ke belakang badan baju seperti dlm gambar di atas. kemaskan lubang leher dgn seterika. Jahit tindih serapat yg boleh keliling lubang leher utk kemasan yg maksima.

Bagi mereka yg rajin bolehlah jahit tulang belut/ mata lalat atau manik-manik utk cantikkan lagi lubang leher.. selamat mencuba!!! ;)
Comments
3 Comments

3 comments:

  1. salam perkenalan.. tq for the tutorial..

    saya ada share n link this tutorial kat my blog.. tq again..

    http://girlynicknack-twins.blogspot.com/2012/06/sape-makan-kacang.html

    ReplyDelete