Selamat Datang Ke LailyTaslim Homemade!!

LailyHomemade menghimpunkan koleksi-koleksi jahitan tangan dan kraf buatan sendiri utk dikongsi bersama. Juga terdapat LailyHomemade katalog bagi mereka yg berminat utk membeli pada harga istimewa. Tempahan borong juga disediakan bagi yang ingin berniaga kecil-kecilan.

Wednesday, February 9, 2011

Pelajari Dan Buat Sendiri...Barut Baby utk Si Comel Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hmmm tahun ni nampaknya ramai the little caliph akan lahir dan menceriakan hidup si ibu dan si ayah dgn pelbagai teletah yg mencuit hati..mesti tak sabarkan..itulah kebesaran Allah yang telah memberi nikmat dan hikmat dgn kelahiran hambanya ke dunia..

Kali ini LailyHomemade nak berkongsi bagi slot Pelajari Dan Buat Sendiri iaitu membuat barut bayi anda sendiri. Ianya jimat dan anda pasti teruja jika bayi and memakai barut buatan anda sendiri..Dapat mengeratkan lagi hubungan anda dgn si bayi... Bagi bakal si ibu ataupun yg akan melahirkan bayi seterusnya bolehlah mulakan jahit sendiri barut ini jika mempunya mesin jahit di rumah...Bagi yg tiada jangan risau LailyHomemade sedia menerima tempahan barut bayi untuk si comel anda..

Jom mulakan..ape yg anda perlu adalah 
  • Kain 100%cotton flannel (untuk percubaan boleh la beli 1 meter dulu..hehe)
  • Tali barut cotton
itu sahaja..tak rumitkan..:)
Ini contoh kain 100% cotton flannel
 Cantik kan corak-corak kain 100% cotton flannel..sesuai untuk si baby...kali ini LailyHomemade teruja nak beli pelbagai corak..bukan ape geram warna dan corak kain ini..semuanya di potong 1meter..

kain 100% cotton flannel dan tali barut cotton
 Gambar di atas adalah kain cotton yg telah di potong ukuran barut standard.. tp terlupa plak nak capture gambar semasa potong..tp ibu-ibu boleh bayangkan kan.. caranya..
  • Bentangkan kain dan lipat 2.
  • Gunakan kapur dan pembaris tandakan ukuran 19.5"x6.5"(bentuk segiempat)..
  • Gunting draft 19.5"x6.5".. bila dan gunting ibu-ibu akan dapat 2 keping kain..sebab kite dah lipat 2 kain tadi sebelum buat draft..dapat bayang tak?
  • Kemudian lipat 2 kain tadi dan jadikan ukuran dlm 9.75"x6.5".. tanda 4"x1" dan buat draft lengkung dlm ukuran itu.. gunting darft lengkung dan ibu-ibu akan dapat 1 lengkungan..
  • Temukan depan kain kedua-dua helai kain tadi dan kemudian jahit 1/4" inci keseluruh tepi kain dgn mesin jahit..jahit lurus. jgn lupe tinggalkan dalam 4" sebagai lubang untuk terbalikkan kain nanti.
  • Potong tali barut dlm ukuran 21" sebanyak 3 keping..
Lengkungan di reka utk mengelak najis/poop si comel melekat /terkena barut.
 Gambar di atas adalah barut yang telah di terbalikkan ke depan..lengkungan ini akan dipakai di atas punggung bayi..anggaran ukuran lengkungan dlm 8" pjg dan tinggi ke atas dlm 1".
 Kemudian jahit tindih pada keseluruh tepi barut dgn mesin jahit..jahit lurus untuk kemaskan lagi barut..
 Tanda tengah kain. Dari tengah kain tandakan 2" ke kiri dan 2" ke kanan untuk jahit tali barut..Jadi ibu-ibu akan jahit dalam 4" setiap tali barut.
Haa di atas adalah conton barut yg telah siap ..tak susahkan.. jika masih tak faham bolehlah tanya LailyHomemade.. tinggal je pesanan..insyAllah LailyHomemade akan balasnya.
Saiz yang ibu-ibu jahit adalah saiz standard dari LailyHomemade..saiz ini boleh di pakai dari newborn-6 bulan.
Ada juga saiz S, M, dan L..sila rujuk LailyHomemade eShop-My little Baby untuk ukuran tersebut.

Tetapi jika tiada kesempatan nak jahit sendiri jangan lupe tempah di LailyHomemade ye..hehe..Harga sangat murah berbanding di pasaran..

Selamat mencuba slot Pelajari Dan Buat Sendiri untuk kali ini..Have Funn!!!

Hobi Masa Lapang...Kerja Dari Rumah
Dari LailyHomemade..

Comments
4 Comments

4 comments:

  1. Kini tempahan barut n bedung bayi di buka..
    saya akan gunakan "kain benang kapas" selain cotton flannel. Warna kain adalah putih, nipis, lembut dan teguh..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum kak,
    Saya tumpang belajar kat sini ye. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Nak tanya la, kenapa buat lengkung tu ye?

    ReplyDelete
  4. assalam nk tanya ukuran tu kira dalam cm ke inci?

    ReplyDelete