Selamat Datang Ke LailyTaslim Homemade!!

LailyHomemade menghimpunkan koleksi-koleksi jahitan tangan dan kraf buatan sendiri utk dikongsi bersama. Juga terdapat LailyHomemade katalog bagi mereka yg berminat utk membeli pada harga istimewa. Tempahan borong juga disediakan bagi yang ingin berniaga kecil-kecilan.

Tuesday, May 15, 2012

Info Kain Cotton Mejoritinya Berkanji.

Salam semua pengunjung..

Kat sini saya nak menjawab pertanyaan ramai customer bertanya kenapa kain telekung agak keras?

Jawapan Lailyhomemade:
Kepada yang dah pernah menempah telekung pasti anda terkejut kenapa kain telekung agak keraskan? Ini kerana kain telekung ini disediakan dengan kanji.
Kain apa di pasaran yang berkanji?.. tiada kain lain lagi kecuali kain cotton. Kain cotton je yg berkanji.
Jadi bagi yang baru nak kenal kain cotton, kebanyakkan kain cotton disediakan dipasaran berkanji.
Pada pendapat saya plak yang selalu dengan kain cotton.. kain cotton yg higher grade mmg berkanji..
Sebab tu bila beli kain cotton mana yg dpt supplier / tukang jahit yg baik hati akan pesan basuh dulu kain ini sebelum di gunting buat baju sebab bila dah basuh kain jadi lembut dan struktur kain jd kecut.. sama ada kecut banyak atau sikit. Jd yg dah jadi baju kenalah gosok.. berbanding kain yg lain selain cotton.

Kenapa kain cotton di kanjikan?
Saya pun tak tahu kenapa kain cotton dikanjikan oleh pembekal. Tp pada pendapat saya yg dah jahit beberapa kain cotton ini mungkin alasan pertama kain cotton/ benang cotton itu sendiri lembut. Kain cotton ini bergantung kepada benang juga..
1. Bila benang cotton halus, struktur kain jadi halus, kain jadi lembut kadang2 nak pegang n kibar kain pun susah kerana melayang. Bila berkanjikan senang sikit.
2. Bila benang cotton kasar, struktur kain jd kasar sikit drp no 1, tp kain tetap lembut jd nak pegang tidak sesukar no 1. Tp tepi kain senang terburai kerana benang sedikit kasar.. ni bukan nylon tau polyster yg tak terburai.
3. Ada yg lagi kasar seperti heavy cotton yg terdapat dlm craft Lailyhomemade ( bag-bag ) pun berkanji jugak..

Pernah tak bila nak tempah baju..tukang jahit tanya kain ape? kebanyakan kain cotton akan dapat harga murah upahnya kerana ape? kerana kain berkanji. Senang nak jahit dan senang nak kendalikan.. kenapa kain cotton je?..sebab mereka dah tahu kain cotton je berkanji.

Bayangkan kain cotton tak berkanji.. nak pegang je alahai susah. nak kendalikan alahai pun sama susah.. harganya plak..alahai mahalnya.. bila hantar tempah baju jd mahal jugak..semua mahal bila cotton tak berkanji.. faham ke tak agaknya?

Sekarang ada satu kain cotton yg pd saya tak berkanji..kain cotton viscous.
Tp realitynya bila tak ada kanji kain ini sejuuuukkkkkklah sangat. Tapi bila dah gunting alahai berburai2 la tepi kain kalau tak di klim.. saya mintakan husband bezakan yg mana sejuk..dia cakap kain viscous berbanding english n japan cotton.. serius kain cotton viscous sejukk bila tanpa kanji.. x caya beli la semeter.

Jadi anda cuba jahit sndiri kain cotton..senang sangat nak jahit..terutama japan cotton. siap boleh buat craft krn x berburai macm kain lain...kerana apa? kerana kanji..

Jd janganlah takut dengan kain cotton yg berkanji.. Dan kanji itu bagus untuk cotton n supplier kilang tahu yg terbaik utk kita sebagai pembeli..

Jd nak puas hati lagi 'google' je kenapa kain cotton berkanji.

sekian.

No comments:

Post a Comment